MENGENAL JENIS KULIT DENGAN MUDAH !

Jenis kulit manusia ada pelbagai dan sangat penting untuk setiap kita mengenal pasti jenis kulit kita sendiri.  Tak tahu jenis kulit, macam mana nak rawat rejimen kulit untuk mengekalkan kulit kita sentiasa sihat, bersinar dan halus?

Adakah anda tergolong dalam manusia yang beruntung kerana memiliki kulit sihat yang tidak memerlukan rawatan rejimen kulit? Atau pemilik kulit bermasalah seperti kulit kering, berminyak atau pemilik kulit sensitif yang memerlukan rawatan kecantikan khusus?

Mungkin ada baiknya kita mengenal musuh utama kerosakan kulit kita. Antaranya adalah seperti keadaan cuaca yang pelbagai, pencemaran alam, diet yang tidak seimbang, tidur yang tidak teratur dan juga sinaran UV ketika berada di bawah sinaran matahari. Tidak hanya kulit bermasalah yang perlu dirawat tetapi juga, kulit normal perlu dijaga agar tetap sihat.

Dunia sensasi mempunyai banyak maklumat tentang cara-cara penjagaan kulit, maklumat tersebar dengan pantas terutama melalui media sosial elektronik seperti internet. Seakan-akan semua pengguna laman sosial merupakan orang bijak pandai  dalam hal penjagaan kulit, mencadangkan  produk itu, ini. Terkadang media mengelirukan. Maklumat tidak boleh dipercayai tetapi, jangan khuatir saya tahu cara penyelesaiannya.

Jom saya beritahu anda apa yang betul, dengan cara yang mudah, langkah demi langkah.

LANGKAH 1 : Bersihkan Permukaan Kulit Wajah

Semua perkara harus dilakukan dari dasar. Gunakan Royal Expert® Facial Cleanser untuk menanggalkan mekap. Royal Expert® Facial Cleanser akan membersihkan kotoran dan minyak dipermukaan wajah anda dengan sempurna.

LANGKAH 2 : Air

Sediakan air suam dan juga air sejuk. Pertama, ambil sedikit air suam dan renjiskan pada wajah anda untuk membuka liang pori kulit. Letakkan sedikit Royal Expert® Facial Scrub ditapak tangan anda, sapukan dikeseluruhan wajah anda menggunakan jari dengan mengurut perlahan-lahan dengan membentuk bulatan. Selepas itu basuh dengan air suam. Kemudian cuci wajah anda menggunakan air sejuk. Tujuannya untuk menutup kembali pori wajah. Keringkan wajah dengan tuala bersih.

LANGKAH 3 : Jangan Tergesa-gesa

Setiap hal yang baik memerlukan waktu. Tunggu sehingga satu jam dan jangan memandai-mandai nak sentuh wajah anda sepanjang tempoh tersebut.

Selesai pra-ujian wajah. Tiba waktunya melakukan ujian sebenar.

 UJIAN 1: Ujian Rasa

Sekarang anda boleh senyum kambing. Haha. Realitinya, tersenyum boleh menggerakkan otot wajah. Ujian pertama ini memerlukan masa selama satu jam. Selepas mencuci wajah, mungkin anda akan berasa kulit tegang atau ketat. Tahukah anda, jika itu terjadi bermakna kulit anda tergolong dalam jenis kulit kering. Jika terasa bersih dan tidak terjadi apa-apa bermakna anda pemilik kulit berminyak.

Jika dibahagian T (dahi, dagu dan hidung) terasa biasa dan bersih tetapi, dibahagian pipi  terasa ketat maknanya, anda mempunyai kulit kombinasi. Kulit yang sensitif akan menyebabkan ruam tetapi, jangan panik dulu. Tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Gunakan Royal Expert® Facial Cleanser !

 

Jika selepas mencuci wajah anda, terasa seperti tiada perubahan rasa meskipun setelah satu jam berlalu maknanya anda merupakan si pemilik kulit normal. Wah ! anda memang beruntung. Anda juga tidak memerlukan rawatan khas melainkan hanya perlu menggunakan  Royal Expert® Moisturizing Lotion bergantung kepada keadaan cuaca atau perlindungan sinar UV matahari ketika keluar rumah.

UJIAN 2 : Lihat !

Apa yang anda perlukan adalah bertemu dengan teman baik anda, iaitu cermin ! Lihat wajah anda di cermin. Ujian 2 terbahagi kepada dua bahagian.

  1. Jika wajah anda kelihatan bersinar, Jenis kulit adalah berminyak. Jika kelihatan kemerah-merahan dan merekah seperti bongkahan ais kecil terpecah. Maknanya, kulit anda jenis kering. Jika Bahagian T dan pipi anda kelihatan berbeza, kulit anda adalah kulit kombinasi kering dan berminyak.
  1. Jika pori kulit wajah anda kecil, ia adalah kulit normal. Jika anda seperti tidak melihat apa-apa bermakna kulit anda jenis kering. Sekarang lakukan pergerakan sedikit. Melangkah selangkah kebelakang. Lihat wajah anda. Jika anda masih mampu melihat pori pada kulit wajah bermakna ia adalah kulit berminyak. Melangkah ke belakang lagi, dan anda masih mampu melihat pori dibeberapa bahagian wajah anda, bermakna kulit anda adalah jenis kombinasi.

UJIAN 3 : Ujian Sentuh 

Cuci tangan anda bersih-bersih dan keringkan, pejamkan mata dan sentuh wajah anda dengan jari telunjuk. Jika terasa licin pada keseluruhan wajah, maknanya anda orang paling berbahagia kerana memiliki kulit normal. Jika anda berasa jari terasa berminyak dan licin, pasti jenis kulit anda adalah berminyak. Jika rasa sentuhan berbeza disetiap bahagian kulit wajah, itu maknanya kulit jenis kombinasi.

UJIAN 4 : Ujian Menggunakan Tisu 

Tekapkan tisu pada setiap sudut kulit wajah anda. Gunakan tisu yang berbeza untuk setiap bahagian ya. Periksa tisu tersebut. Jika tisu tersebut berminyak, jenis kulit adalah berminyak. Jika tisu tersebut dalam keadaan baik tanpa tompok-tompok kemungkinan, kulit anda jenis kering atau normal. Jika tisu tersebut mudah tergelincir dari permukaan wajah atau senang diterbangkan maknanya wajah anda jenis kulit kering. Jika tisu tetap menempel maknanya, kulit anda jenis kombinasi.

UJIAN BONUS : Ujian Tekan atau Picit 

Ingat, kami tidak menyarankan anda melakukannya pada kulit wajah anda. Jika anda menekan bahagian lengan anda dan secara automatik akan kembali kepada asal  maknanya anda memiliki kulit jenis berminyak tetapi, jika tekanan tersebut bertahan beberapa saat, ia menunjukkan kulit anda jenis kering.

UJIAN AKHIR : Lakukan Pemeriksaan Dermatologi 

Kita boleh melakukan banyak ujian tetapi, jangan pernah abaikan nasihat pakar atau ahli dermatologi. Saya mengakui bahawa saya telah memberikan ujian-ujian diatas untuk membantu anda tetapi, jika anda masih berasa ragu-ragu tanpa sebab, saya syorkan anda melakukan pemeriksaan dermatologi. Dapatkan nasihat daripada mereka.

Setelah melakukan semua ujian, anda pasti sudah mengenal pasti jenis kulit anda. Mungkin benak anda bertanya, bagaimana merawat kulit wajah kita ? Santai saja ! Anda kini boleh tersenyum megah, Love your Skin – Royal Expert® Complete Skin Care Regime’s adalah jawapannya. Produk terbaik yang wajib anda tahu.

Untuk info lanjut, sila baca artikel seterusnya.