RAWATAN REJIMEN KULIT YANG SEMPURNA

Gunakan serum dulu, lepas tu baru kenakan pelindung matahari. Biar betul ? Tak masuk akal sungguh. Anak kakak saya tahu tentang hal itu setelah menonton program ‘yours truly’ beberapa kali. Jika saya memberikan 15 produk kecantikan, meskipun dia seorang jurusolek kecantikan pasti terbit rasa bimbang melainkan jika anda seorang Korean yang memang pakar akan hal kecantikan.

Lapisan adalah seni dan sains. Seni adalah ketika kita melihat  dan merasakan ‘bayangan saya adalah merah jambu’ , dan sebagainya. Ia turut dikatakan sains kerana tidak semua produk sesuai dicampurkan bersama-sama  dan  terdapat kisah pembohongan dibaliknya. Sama seperti artikel ini yang akan membongkar kisah penipuan yang sedang terjadi.

Sebelum saya teruskan, jutaan terima kasih kepada anda sang pembaca kesayangan saya yang telah memberikan komen atau ulasan pada artikel saya sebelum ini. Teruskan memberi komen. Komen anda menyemarakkan rasa untuk terus menulis serta memberi semnagat kepada saya untuk terus menghidangkan artikel menarik buat semua. Ahhh terasa sungguh disayangi dan dihargai ketika tulisan saya mendapat respon baik dari anda semua. Sungguh, anda ada alasan kenapa artikel ini diterbitkan. Tumpukan mata anda pada artikel ini, dengan pelukan Royal Expert® Complete skin regimen pack, cappuccino dan laptop saya siap menerima cabaran. Ayuh, kita selami bersama hal-hal ini.

  1. Pencuci muka
  2. Scrub
  3. Penanggal Sel Kotoran
  4. Toner
  5. Mask
  6. Krim mata
  7. Serum
  8. Facial Oil
  9. Rawatan jerawat
  10. Pelembab
  11. Pelindung Matahari

Bagaimana dengan anda ? Saya, Tidak mungkin !

Bila saya mengatakan ”tidak mungkin”, ia tidak bermaksud rejimen-rejimen ini tidak wujud atau tidak baik; cuma saya ingin beritahu, itu bukan milik saya. Bukan cara saya. Saya tidak berdusta bila mengatakan saya pernah cuba mencari apa yang dikatakan orang sebagai ‘holy grail’ tetapi, kemudian saya menyedari itu semua tidak wujud.

Saya sentiasa ingin kelihatan cantik, semua wanita mempunyai rasa itu. Siapa wanita ingin kelihatan hodoh ? (haha) tidak ada ! saya mencari posyen yang mengandungi semua benda diatas dalam  satu losyen tetapi, juga tidak wujud.

Akhirnya, saya telah menemukan sesuatu yang sangat menarik dan saya yakin anda semua tahu akan hal tersebut. Rejimen kecantikan dengan hanya 4 produk ! dan 4 produk ini merupakan gabungan daripada 11 ciri kebaikan produk diatas. Hebat ? memang hebat!

  1. Scrub

Gosok dengan lembut dan perlahan-lahan, urut wajah dengan bentuk bulatan kecil sambil melihat cermin dan kemudian basuh muka anda. Saya menggunakan Royal Expert® Facial Scrub untuk membantu membuka pori yang tersumbat. Nutrien menyerap dengan lebih baik setelah melakukan scrub. Penggunaan Scrub tidak hanya mengurangkan masalah kulit tetapi, menjadikan kulit terasa lebih lembab. Scrub ini perlu digunakan 2 kali seminggu, itu pun jika kulit anda normal seperti saya (hehe). (ingat artikel sebelum ini tentang jenis kulit?)

  1. Pencuci muka

Setelah bekerja seharian anda pasti mahu membersihkan wajah anda. Masih ingat tentang ”membersihkan permukaan kulit wajah” yang kita bincangkan sebelum ini ?

Ada yang menggunakan sehingga 2 pencuci; pencuci muka berasaskan minyak untuk menanggalkan mekap berasaskan minyak dan pencuci muka berasaskan air untuk mekap berasaskan air. Dongeng apakah ini ? seperti kisah Cinderella dan kejahatan yang dilakukan oleh kakak tirinya sendiri. Ambil perhatian, minyak bertindak sebagai menangkis air dan bukan sebagai agen penghapus sisa-sisa kotoran dari wajah.

Saya menggunakan Royal Expert® Facial Cleanser setiap hari. Ia bertindak sebagai penanggal kotoran serta menanggalkan sel kulit mati.  Ia turut membantu kulit menerima oksigen dan menyerap nutrien yang secukupnya kedalam kulit.  Ia bertindak dua kali lebih hebat sebagai agen menghilangkan kotoran diwajah. Produk ini sangat sesuai terutama kepada wanita aktif seperti saya.

  1. Pelembab Dan Pelindung Matahari Pada Waktu Siang

Saya sama seperti perempuan lain, sering kali lupa sesuatu ketika mahu cepat atau sibuk tetapi, tidak untuk menggunakan pelembab. Ia membantu kulit saya kekal terhidrat dan terjaga sempurna. Perkara penting yang saya tidak pernah lupakan adalah membawa Royal Expert® Smooth & Clear Skin Lightening Cream ke mana saja saya pergi. Ia menjadi rahsia wajah saya kekal sihat dan segar sepanjang hari.

  1. Pelembab di Malam Hari

Siang berlalu, malam menjelma. Kulit wajah harus tetap dijaga meskipun, tiada orang akan melihat saya dimalam hari. Saya tetap memberikan protein terbaik kepada wajah ini dan saya menggunakan Royal Expert® Advanced Brightening Cream .

Wajah sihat memberikan keyakinan kepada kita untuk berada dikhalayak ramai dan semua berhak untuk tampil ceria dengan wajah berseri.

Saya telah menjelaskan 4 hal penting tetapi, ada sesetengah manusia yang masih menggunakan 10 bahkan 12 lapisan yang tidak penting atau tidak diperlukan. Saya tidak mengenal seseorang melakukannya tetapi, saya mendengar kisah tentangnya dan dilakukan oleh orang Korea. Tidak dapat dinafikan bahawa cara orang korea bermekap memang hebat dan seringkali menjadi idola ramai wanita tetapi, penggunaan lapisan yang banyak sangatlah membazir. Lagi pula, 4 produk yang disebutkan diatas sudah cukup untuk memberi kebaikan kepada kulit kita.

Satu prinsip yang saya suka beritahu kepada semua bahawa tidak semua produk dapat disatukan diwajah anda. Mungkin anda berkata ia merupakan produk herba yang berprotein  dan telah dikaji, ingat ia tidak selalunya sesuai untuk digabungkan bersama apatah lagi, ia merupakan jenama yang berbeza. Saya sendiri hanya menggunakan satu jenama produk iaitu Royal Expert® Complete skin regimen pack.

Kulit adalah anugerah, jangan seksa ia dengan menggunakan produk bukan-bukan. Untuk tampil cantik, tetap membuat pilihan terbaik.

Cheerio !