AWAS DENGAN YANG PALSU : TIRUAN VS ASLI

Lambakan produk kecantikan di pasaran abad ini sangat membimbangkan. Bukan bimbang apa, bimbang tidak tahu produk mana satu yang selamat, yang asli atau yang berdaftar secara sah dengan pihak berwajib. Bukan senang nak main sapu benda dekat muka kita ini. Silap sapu lain jadinya. Oleh itu, kita harus berwaspada dan mengambil berat tentang perkara-perkara ini.

Kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang adalah bahan penjaan kulit/kosmetik yang dibeli secara pukal atau lebih di kenali sebagai krim timbang kilo. Produk-produk ini dijual dan dibungkus semula oleh pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab dan dijual secara berleluasa di pasaran tanpa mengira keselamatan pengguna. Mereka mengaut keuntungan secara haram atas penjualan produk beracun ini. Asalnya nak cantikkan muka akibat jeragat, tetapi kesan dari pemakaian produk beracun ini muka menjadi lagi bertambah teruk. Jerawat bernanah naik seluruh muka, kemudian bertukar menjadi lebam dan kulit muka bertukar menjadi kering kedut dan menggerutu. Takut bukan? Ini bukan cerita palsu, tetapi benar-benar berlaku.

Hanya kerana ingin berjimat dan membeli produk yang harga jauh lebih rendah kesan yang di terima amat memeritkan dan akan menghantui hidup. Tetapi anda masih perlu berhati-hati kerana ada juga pengusaha yang mengambil strategi mengenakan harga yang mahal kerana beranggapan pengguna berasa jika produk mahal maka produk itu selamat. Tidak juga ya, ini adalah strategi pemasaran yang di ambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, kita sebagai pengguna harus memainkan peranan yang penting di mana kita harus bijak memilih dan membuat sedikit kajian dan mencari maklumat terhadap sesuatu produk itu sebelum membelinya. Selain daripada itu, kita sebagai pengguna perlu juga mengambil initiatif untuk memastikan produk kosmetik yang ingin digunakan tidak mengandungi paraben, merkuri atau bahan kimia lain yang memudaratkan. Anda perlu mengambil tahu apa itu paraben dan merkuri. Dan berapa kandungan yang dibenarkan ke atas produk-produk kecantikan ini.

Paraben merupakan pengawet yang digunakan dalam berbagai macam produk kosmetik dan perawatan tubuh untuk mencegah pertumbuhan kulat, bakteria, dan mikroorganisma lainnya pada krim dan kosmetik, terutama di tempat yang lembap seperti bilik air. Menurut Prof.Dr Norazah Yusuf, UPM, Merkuri atau raksa pula adalah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.

Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam bidang kosmetik dan “skin care”. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah. Antara kesan utama merkuri bukan organik yang terkandung dalam pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakan buah pinggang. Merkuri dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain termasuk keresahan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal. (https://www.majalahsains.com/bahaya-merkuri-di-dalam-kosmetik/)

Kami di OEW, sentiasa memastikan jenama kami Royal Expert® dan yang lainnya adalah jenama yang berdaftar di bawah TRADE MARKS ACT 1976 & TRADE MARKS REGULATIONS 1997. Semua produk kami juga berdaftar dengan KKM, tidak mengandungi Paraben, Merkuri & bahan kimia lain yang berbahaya. Oleh itu sebagai pengguna, kita harus berhati-hati dengan produk tiruan & mengambil tahu tentang produk kosmetik/penjagaan kulit yang selamat untuk digunakan.

Bagi yang ingin mencuba produk kami, anda boleh lakukan pembelian dengan Royal Expert® Resource Centre atau pengedar kami yang sah;

i. RERC Cheras : https://api.whatsapp.com/send?phone=60106558381
ii. RERC PJ : https://api.whatsapp.com/send?phone=60123855158
iii. RERC JB : https://api.whatsapp.com/send?phone=60125661003
iv. RERC Sabah : https://api.whatsapp.com/send?phone=60178766202

Sila rujuk Royal Expert® (http://www.oewgroup.com/) untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Perlu di ingatkan juga sekali lagi, semua produk kami berdaftar secara sah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh yang demikian pengguna yang ingin mencari nombor pendaftaran produk kami boleh melayari http://npra.moh.gov.my/ untuk membuat pengesahan samada produk kami selamat atau tidak.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai produk ini, anda yang berminat boleh menghubungi atau terus datang ke pejabat kami yang beralamat:

No 13, Jalan Nilam 2,
Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Subang,
47500, Subang Jaya, Selangor,

Tel no: 03-561 35626
Whatsapp: 018-4083 668 atau
E-mel kami: info@oewgroup.com atau terus mengunjungi Resource Centre kami yang berdekatan dengan anda. (Cheras, Johor Bharu, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Sabah dan banyak lagi.

Sumber:
www.royalexpert.com,
foto 1- Harian metro 28 Januari 2011,
foto 2- Kosmo, 26 Jun 2011,
foto 3- Hayati Ibrahim- Harian Metro,
https://www.majalahsains.com/bahaya-merkuri-di-dalam-kosmetik/, https://hellosehat.com/hidup-sehat/kecantikan/bahaya-paraben-dalam-kosmetik-perawatan/