Tip Penjagaan Kulit Muslimah sepanjang bulan Ramadhan

Bulan ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering.

Dengan cuaca yang panas dan kering dalam bulan ramadhan, keadaan ini akan memberi kesan kepada badan dan kulit kita. Maka, di bulan ramadhan ini penjagaan yang lebih, harus dititik beratkan dan langkah-langkah yang betul perlu diikuti.

 

1. Minum Air Yang Secukupnya

Air adalah sumber yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Ianya sangat penting untuk sistem pencernaan, sistem aliran dan penyerapan nutrisi tubuh. Perlu untuk mengambil sekurang-kurangnya 6-8 gelas air setiap hari antara waktu berbuka puasa sehingga waktu sahur. Air yang cukup dalam badan penting untuk proses hidrasi kulit. Kurangnya air akan menyebabkan kulit mengelupas dan kering serta pori-pori membesar. Kurangnya air juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, blackhead dan lain-lain. Apabila kulit menjadi kering, maka garis-garis halus dan kedutan akan lebih ketara. Oleh sebab itu, pengambilan air amat penting. Sel-sel kulit akan menjadi lebih baik dan sihat, menjadikan muka anda kelihatan awet muda dan cantik.

Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

2. Mengambil Makanan Yang Tinggi Serat

Adalah amat penting untuk tubuh anda mengambil banyak makanan yang tinggi serat. Ini adalah kerana makanan yang kaya serat seperti sayur, buah-buahan dan kekacang mengandungi banyak khasit vitamin dan mineral. Buah-buahan seperti pisang, kurma, tembikai amat baik dan bagus serta mengandungi vitamin B6 dan vitamin C, serta mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi.yang dapat menyembuhkan berbagai permasalahan kulit. Oleh itu di bulan ramadhan ini, pastikan anda mengambil makanan-makanan seperti ini untuk penjagaan kulit wajah dan tubuh anda. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran saat berbuka puasa dan bersahur.

 

3. Mengelakkan Minuman Yang Manis dan Berkarbonat

Semasa bulan ramadhan, adalah menjadi kebiasaan pesta jualan makanan dan minuman di bazar ramadhan. Antara tarikan utama adalah air pelbagai warna, perisa dan berkarbonat di jual. Elakkan minum minuman manis dan berkarbonat secara berlebihan. Ini adalah kerana kandungan gula yang tinggi mampu merosakkan kesihatan kulit dan tubuh anda. Kandungan glukosa yang tinggi dapat menyebabkanmasalah kulit seperti jerawat, kulit cepat sensitif dan kemerahan. Ini terjadi apabila tingginya kadar gula yang masuk kedalam tubuh membuat gula dalam darah meningkat, menyebabkan tubuh melepaskan hormon insulin dan menjadikan penurunan drastik gula dalam darah dan mengakibatkan stres dalam tubuh yang menjadi punca jerawat dan kulit kusam. Kulit akan menjadi kusam kerana kandungan kolagen dalam kulit menjadi rendah dan tidak dapat menggantikan sel kulit baru. Bukan hanya efek pada kulit, apabila kandungan gula yang tinggi ini juga boleh menyebabkan kencing manis dan mengundang pelbagai penyakit.

 

4. Elakkan Pengambilan Minuman Berkafein Yang Tinggi.

Ramai orang mengambil minuman berkafein bertujuan untuk memberi tenaga untuk mengelak daripada rasa mengantuk. Tetapi jika di ambil dalam kadar yang banyak ianya tidak bagus untuk kulit kita. Kafein dalam jumlah yang tinggi boleh mengakibatkan penipisan pada lapisan kulit kerana kafein boleh menyebabkan penurunan hormone DHEA (Dehydroepiandrosterone – prohormon semulajadi yang di keluarkan oleh kelenjar adrenal, melatonin (kelenjar kecil di otak yang membantu mengawal regim bangun dan tidur) yang sepatutnya berfungsi untuk memberi efek sihat pada kulit. Selain daripada itu, kafein juga boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Ini adalah kerana pengambilan berkafein menyebabkan kehilangan air dalam badan. Elakkan minuman seperti Teh, Kopi dan Coklat secara berlebihan. Bukan sahaja pada kulit malah memberi efek insomnia atau susah untuk tidur. Ini akan menyebabkan lingkaran hitam bawah mata dan timbul flek hitam pada wajah.

Membuat rutin perawatan wajah dengan teratur adalah amat penting dalam bulan ramadhan untuk sentiasa menjaga kesihatan kulit wajah serta tubuh. Ini adalah kerana jangkamasa berpuasa yang panjang (14 jam) menyebabkan tubuh badan anda keletihan dan kekeringan.

 

5.Mencuci Muka Dengan Bersih dan Teratur

Sentiasa mencuci muka dengan bersih dan teratur. Amat penting dalam mencari dan memilih produk yang sesuai untuk di pakai lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan. Ini adalah kerana kulit akan menjadi kering kerana berpuasa dan kurang air. Oleh itu pemilihan produk yang mempunyai bahan seperti PROPYLENE GLYCOL yang mampu mengekalkan kelembapan semulajadi wajah amat penting. Contoh produk yang mengandungi bahan ini adalah Royal Expert® Whitening Face Cleanser yang amat lembut dan sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit dari kulit biasa sehingga kulit sensitif. Boleh digunakan seawal umur 17 tahun untuk anak gadis remaja.

 

6. Melakukan Scrub di Wajah

Pada bulan ramadhan, di sebabkan oleh kekurangn air dalam badan akan menyebabkan kulit kita menjadi kering dan bersisik. Oleh sebab itu, anda harus kerap melakukan scrub di muka anda. Ini adalah kerana kesan kekeringan pada kulit wajah dan tubuh akan membuat sel kulit mati cenderung lebih banyak serta akan menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Anda boleh mencubaRoyal Expert® Facial Scrub yang dapat mencuci kulit wajah anda sehingga bersih dan mampu mengurangkan bintik-bintik hitam serta menyingkirkan sel kulit mati dan kering. Maka dalam bulan ramadhan yang bakal menjelang nanti, harus di ingat untuk melakukan scrub wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

 

7. Memakai pelembap kulit

Dalam bulan ramadhan, tubuh yang kekurangan air akan menyebabkan kulit wajah dan badan menjadi kering. Oleh itu, amat penting sekali pemakaian krim pelembap di wajah dan badan kita. Royal Expert® Moisturising Lotion dapat memulihkan kulit kering dan rosak. Bahan kandungan seperti ekstrak daun Aloe Barbadensis amat baik sekali untuk mengurangkan kekeringan serta memelihara kelembutan kulit anda. Kekerapan memakai losyen di wajah dan tubuh anda dapat memelihara dan mengekalkan wajah anda dari kekeringan.

 

8. Memelihara Kulit Dari Panas Matahari

Untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit, anda harus cuba mengelakkan diri anda daripada panas matahari yang terik. Jika anda ingin keluar rumah, pejabat atau semasa menjalankan aktiviti harian anda, gunakan payung untuk melindungi kulit anda. Yang penting, anda harus menggunakan krim pelindung kulit sebelum keluar dari rumah untuk menjalankan aktiviti harian anda. Pendedahan kulit pada panas matahari lebih-lebih lagi di bulan puasa memberi kesan negatif kepada kulit kita. Oleh sebab itu, anda boleh cuba menggunakan Royal Expert® SPF 35 Day Cream yang mengandungi bahan-bahan seperti Titanium Dioxidea, ekstrak Aloe Vera, vitamin E, vitamin B5 dan banyak lagi. Antara kebaikan Royal Expet SPF Day Cream ini adalah sebagai penapis UV UVA dan UVB yang baik, ia melindungi kulit daripada kerosakan matahari, Ia mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi dengan kuasa menenangkan yang kuat dan merupakan agen anti-penuaan yang sangat baik. Ia dapat membantu memberi pembaharuan sel kulit. Ia juga dapat membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedut serta meningkatkan keteguhan dan keanjalan kulit.

 

9.Memakai Pelembap Bibir

Semasa bulan ramadhan, di sebabkan air yang kurang dalam badan maka bibir kita akan menjadi senang kering. Oleh sebab itu anda hendaklah memakai pelembap bibir yang dapat melembapkan kulit di bibir anda. Kulit di bibir anda jika di biarkan kering akan menjadi pecah dan luka. Ini boleh mengakibatkan iritasi kulit dan tidak selesa. Jadi jangan lupa untuk membawa pelembap bibir di dalam tas tangan anda di mana sahaja anda berada.

 
 

10. Rehat dan Tidur Yang Seimbang

Dalam bulan ramadhan ini juga adalah bulan di mana umat islam berebut-rebut melakukan ibadah tambahan. Namun dalam mengejar ganjaran pahala ibadah, kita hendaklah juga memastikan untuk mendapat rehat dan tidur yang seimbang dan secukupnya. Dengan rehat dan tidur yang cukup, kulit wajah akan sentiasa terjaga dan kelihatan sihat sentiasa. Pemakaian masker pada wajah boleh membuat kulit wajah anda segar.

 
 
 
Sumber:
http://www.infokesehatanku.com
https://www.royalexpert.com
https://www.oeicorp.com
http://www.myhealth.gov.my/tips-di-bulan-ramadhan